Apabila menjelangnya bulan Ramadan, mulalah ada yang buat perangai.Kebanyakannya memberikan alasan tidak boleh berpuasa kerana kurang sihat terutamanya gastrik. Ya, mungkin ada benar-benar tidak berkemampuan namun pada masa yang sama ada juga yang hanya berlakon bagi meraih simpati. Kepada yang suka menipu, mereka seharusnya sedar iaitu puasa sebenarnya mendatangkan benyak kebaikan terhadap kesihatan kita.Siapa kata berpuasa boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit? Sebenarnya penyakit boleh menyerang sekiranya kita mengamalkan corak dan gaya pemakanan yang kurang sesuai, tidak kira bersahur mahu pun berbuka puasa. Sememangnya masalah boleh timbul jika kita melakukan beberapa perkara seperti berikut:-
Makan dan terus makan tanpa kawalan ketika bersahur dan berbuka.
Makan sepanjang malam, kurang minum air dan tidur sejurus kenyang.
Makan terlalu banyak daging(terutamanya bagi mereka yang ada alahan, gaut dan penghidap batu karang)
Makan sepanjang malam, kurang minum air dan tidur sejurus kenyang.
Makan terlalu banyak daging(terutamanya bagi mereka yang ada alahan, gaut dan penghidap batu karang)
Manusia normal boleh tahan puasa antara 50 sehingga 75 hari berturut-turut. Itulah hasil kajian yang dilakukan oelh pensyarah Psikologi dari University of Chicago iaitu A.J. Carlson. Menurut kajian itu, berpuasa boleh memberi ruang proses detoksifikasi dijalankan. Proses ini amat penting supaya toksin-toksin yang diperolehi daripada makanan yang diambil tidak terkumpul di dalam badan. Semasa proses ini berlaku, badan dapat mengkoordinasi bahan kimia dan mengurangkan toksin sekali gus meningkatkan lagi fungsi setiap sel. Selain proses detoksifikasi, kajian juga menyatakan berpuasa mampu membantu seseorang mengurangkan berat badan jika mekalukannya sekurang-kurangnya 20 hari berturut-turut.
Hari pertama dan Kedua
Badan terasa letih dan mudah naik angin?? Perut pula tentulah rasa sangat lapar. Semua ketidakselesaan ini wujud kerana kadar glukosa yang rendah dalam darah. Lagipun ia masih awal dan perut belum terbiasa dibiarkan kosong.
Hari ke-3 sehingga 14
Fasa kedua ini akan memberikan impak yang agak kurang menyenagkan kerana nafas akan berbau, badan akan semakin lesu, lidah menjadi 'putih' dan kurang selera makan. Namun jangan risau, keadaan ini tidak akan berterusan kerana tenaga akan dapat kembali dipulihkan setelah berbuka.
Pada saat ini, keadaan kita akan kembali seperti asal. Selera makan bukan saja bertambah baik bahkan lidah juga bersih dan nafas tidak lagi berbau. Begitu juga dengan tenaga yang kembali pulih dan kadar glukosa menjadi normal. Tidak cukup dengan itu, fizikal dan mental menjadi semakin optimum bagaikan mendapat semanggat baru. Namun harus diingat, hanya mereka yang berjaya mengawal makan dan minum saja yang akan mengalami situasi menyenagkan ini.
Kesan Psikologi dan Fisiologi
Untuk makluman semua, berpuasa boleh memberikan kesan terhadap psikologi dan fisiologi secara tidak langsung. Kesan psikologi yang dimaksudkan ialah seseorang itu akan menjadi lebih penyabardan tenang. Semuanya kerana paras gula didalam darah yang semakin stabil. Kesan fisiologi pula ialah ia dapat menbantu merendahkan kolestrol, paras gula dan tekanan darah sistolik. Kelebihan puasa yang seterusnya ialah ia salah satu cara yang ideal untuk merawat penyakit obesity, hipertensi dan diabetes.