Isnin, 24 Ogos 2009

CergaS Dan Sihat Sepanjang Ramadhan

JANGAN sesekali menjadikan amalan berpuasa sebagai alasan untuk kelihatan tidak cergas dan kurang bermaya. Sebaliknya kehadiran bulan penuh kemuliaan ini seharusnya menjadikan kita insan yang lebih baik dari semua segi iaitu fizikal, mental dan rohaniah. Tidak dinafikan meninggalkan rutin makan dan minum membuatkan badan kita kehilangan sumber tenaga namun, ada cara bagi mengatasinya.


CERGAS & SIHAT SEPANJANG RAMADAN


Beberapa tip yang dicadangkan ini jika diikuti dengan konsisten dan berfikiran positif, tidak mustahil anda boleh kelihatan cergas sepanjang menjelang ibadah puasa.Permakanan yang sesuai ketika bersahur dan berbuka

1. Mulakan dengan buah-buahan dan juga air kosong. Ia akan lebih afdal jika mengikut sunnah Nabi dengan memakan buah kurma.

2. Kurangkan mengambil masakan berminyak dan terlalu pedas. Makanan yang mudah hadam adalah amat digalakkan. Jangan lupa mengamalkan banyak sayur-syuran dan juga kekacang.

3. Kawal kuantiti makanan yang diambil dan berhentilah setelah perut berasa kenyang.

4. Hindarkan sikap suka makan dan minum secara selang-seli. Kunyahlah makanan secara pelahan-lahan bagi memastikan tidak tercekik.

5. Banyakkan minum air dan makan buah-buahan.

6. Sudah memadai bersahur dengan buah-buahan dan susu. Anda juga mempunyai pilihan antara roti atau makanan bijirin. Paling penting tidak berminyak dan berlemak.

Fizikal & Penampilan

1. Untuk mengekalkan stamina, senaman perlu dilakukan namun terpulang kepada kemampuan diri.

2. Tidak perlu senaman yang berat sebaliknya senaman ringan sudah memadai. Berjalan kaki dan naik turun tangga juga sudah boleh dikira sebagai satu senaman.

3. Senaman yang mahu dilakukan tidak semestinya di luar. Senaman-senaman ringan boleh dilakukan di dalam rumah saja jadi anda tidak perlu berpanas.

4. Berpuasa tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk anda terus bergaya.

Serlahkan keanggunan anda namun jangan mekup secara keterlaluan.


Mandian

1. Ketika berpuasa, mandi terlalu kerap tidak disyorkan kerana dianggap makhruh. Namun anda tetap perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk membersihkan diri.

2. Mandian akan menyegarkan tubuh badan anda sekali gus membuatkan anda bersemangat menjalani rutin harian.

3. Bagi menambah keyakinan diri, manjakan badan dengan gel mandian. Bauan wangi dan kesegaran itu akan membantu anda berdepan dengan sesiapa saja.