Isnin, 24 Ogos 2009

CergaS Dan Sihat Sepanjang Ramadhan

JANGAN sesekali menjadikan amalan berpuasa sebagai alasan untuk kelihatan tidak cergas dan kurang bermaya. Sebaliknya kehadiran bulan penuh kemuliaan ini seharusnya menjadikan kita insan yang lebih baik dari semua segi iaitu fizikal, mental dan rohaniah. Tidak dinafikan meninggalkan rutin makan dan minum membuatkan badan kita kehilangan sumber tenaga namun, ada cara bagi mengatasinya.


CERGAS & SIHAT SEPANJANG RAMADAN


Beberapa tip yang dicadangkan ini jika diikuti dengan konsisten dan berfikiran positif, tidak mustahil anda boleh kelihatan cergas sepanjang menjelang ibadah puasa.Permakanan yang sesuai ketika bersahur dan berbuka

1. Mulakan dengan buah-buahan dan juga air kosong. Ia akan lebih afdal jika mengikut sunnah Nabi dengan memakan buah kurma.

2. Kurangkan mengambil masakan berminyak dan terlalu pedas. Makanan yang mudah hadam adalah amat digalakkan. Jangan lupa mengamalkan banyak sayur-syuran dan juga kekacang.

3. Kawal kuantiti makanan yang diambil dan berhentilah setelah perut berasa kenyang.

4. Hindarkan sikap suka makan dan minum secara selang-seli. Kunyahlah makanan secara pelahan-lahan bagi memastikan tidak tercekik.

5. Banyakkan minum air dan makan buah-buahan.

6. Sudah memadai bersahur dengan buah-buahan dan susu. Anda juga mempunyai pilihan antara roti atau makanan bijirin. Paling penting tidak berminyak dan berlemak.

Fizikal & Penampilan

1. Untuk mengekalkan stamina, senaman perlu dilakukan namun terpulang kepada kemampuan diri.

2. Tidak perlu senaman yang berat sebaliknya senaman ringan sudah memadai. Berjalan kaki dan naik turun tangga juga sudah boleh dikira sebagai satu senaman.

3. Senaman yang mahu dilakukan tidak semestinya di luar. Senaman-senaman ringan boleh dilakukan di dalam rumah saja jadi anda tidak perlu berpanas.

4. Berpuasa tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk anda terus bergaya.

Serlahkan keanggunan anda namun jangan mekup secara keterlaluan.


Mandian

1. Ketika berpuasa, mandi terlalu kerap tidak disyorkan kerana dianggap makhruh. Namun anda tetap perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk membersihkan diri.

2. Mandian akan menyegarkan tubuh badan anda sekali gus membuatkan anda bersemangat menjalani rutin harian.

3. Bagi menambah keyakinan diri, manjakan badan dengan gel mandian. Bauan wangi dan kesegaran itu akan membantu anda berdepan dengan sesiapa saja.

Jumaat, 21 Ogos 2009

TaRaWiH


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Khamis, 20 Ogos 2009

Ibadah Puasa

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."Surah Al Baqarah, ayat 183Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa hari Arafah
Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
Puasa yang terus menerus sepanjang masaTidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Haji
Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
BerakalAkhir
Baligh (Cukup umur)
Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
IslamMumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
Suci daripada haid dan nifas
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Makan dan minum dengan sengaja
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
Keluar darah haid atau nifas
Gila
Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
Orang yang sakit
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Hikmah Puasa Pada Kesihatan


Apabila menjelangnya bulan Ramadan, mulalah ada yang buat perangai.Kebanyakannya memberikan alasan tidak boleh berpuasa kerana kurang sihat terutamanya gastrik. Ya, mungkin ada benar-benar tidak berkemampuan namun pada masa yang sama ada juga yang hanya berlakon bagi meraih simpati. Kepada yang suka menipu, mereka seharusnya sedar iaitu puasa sebenarnya mendatangkan benyak kebaikan terhadap kesihatan kita.Siapa kata berpuasa boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit? Sebenarnya penyakit boleh menyerang sekiranya kita mengamalkan corak dan gaya pemakanan yang kurang sesuai, tidak kira bersahur mahu pun berbuka puasa. Sememangnya masalah boleh timbul jika kita melakukan beberapa perkara seperti berikut:-



Makan dan terus makan tanpa kawalan ketika bersahur dan berbuka.
Makan sepanjang malam, kurang minum air dan tidur sejurus kenyang.
Makan terlalu banyak daging(terutamanya bagi mereka yang ada alahan, gaut dan penghidap batu karang)


Manusia normal boleh tahan puasa antara 50 sehingga 75 hari berturut-turut. Itulah hasil kajian yang dilakukan oelh pensyarah Psikologi dari University of Chicago iaitu A.J. Carlson. Menurut kajian itu, berpuasa boleh memberi ruang proses detoksifikasi dijalankan. Proses ini amat penting supaya toksin-toksin yang diperolehi daripada makanan yang diambil tidak terkumpul di dalam badan. Semasa proses ini berlaku, badan dapat mengkoordinasi bahan kimia dan mengurangkan toksin sekali gus meningkatkan lagi fungsi setiap sel. Selain proses detoksifikasi, kajian juga menyatakan berpuasa mampu membantu seseorang mengurangkan berat badan jika mekalukannya sekurang-kurangnya 20 hari berturut-turut.



Hari pertama dan Kedua


Badan terasa letih dan mudah naik angin?? Perut pula tentulah rasa sangat lapar. Semua ketidakselesaan ini wujud kerana kadar glukosa yang rendah dalam darah. Lagipun ia masih awal dan perut belum terbiasa dibiarkan kosong.

Hari ke-3 sehingga 14


Fasa kedua ini akan memberikan impak yang agak kurang menyenagkan kerana nafas akan berbau, badan akan semakin lesu, lidah menjadi 'putih' dan kurang selera makan. Namun jangan risau, keadaan ini tidak akan berterusan kerana tenaga akan dapat kembali dipulihkan setelah berbuka.



Hari ke-15 sehingga selesai puasa

Pada saat ini, keadaan kita akan kembali seperti asal. Selera makan bukan saja bertambah baik bahkan lidah juga bersih dan nafas tidak lagi berbau. Begitu juga dengan tenaga yang kembali pulih dan kadar glukosa menjadi normal. Tidak cukup dengan itu, fizikal dan mental menjadi semakin optimum bagaikan mendapat semanggat baru. Namun harus diingat, hanya mereka yang berjaya mengawal makan dan minum saja yang akan mengalami situasi menyenagkan ini.


Kesan Psikologi dan Fisiologi


Untuk makluman semua, berpuasa boleh memberikan kesan terhadap psikologi dan fisiologi secara tidak langsung. Kesan psikologi yang dimaksudkan ialah seseorang itu akan menjadi lebih penyabardan tenang. Semuanya kerana paras gula didalam darah yang semakin stabil. Kesan fisiologi pula ialah ia dapat menbantu merendahkan kolestrol, paras gula dan tekanan darah sistolik. Kelebihan puasa yang seterusnya ialah ia salah satu cara yang ideal untuk merawat penyakit obesity, hipertensi dan diabetes.

Rabu, 19 Ogos 2009

Ramadhan

Diriwayatkan ,pada AWAL
Ramadhan.Rasulullah memohon rahmat Allah.Pada PERTENGAHAN Ramadhan
pula
Baginda memohon keampunan.Pada AKHIR Ramadhan,Rasulullah
memohon
dijauhkan
daripada seksaan api

Rahsia Tandatangan


1. Satu Garisan di Bawah Tandatangan

* Seorang yang sangat yakin

* Ada personaliti yang hebat

* Agak mementingkan diri sendiri

* Percaya bahawa kebahagian dalam hidup sangat perlu


2. Dua titik di bawah tandatangan

* Anda romantik

* Mudah bertukar pasangan macam tukar baju

* Memilih kecantikan(lelaki)

* Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

* Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping


3. Satu titik di bawah tandatangan

* Anda kelihatan mudah dan tenang

* Cepat hilang kepercayaan pada orang yang anda percayai apabila dikhianati


4. Tiada garisan/titik di bawah tandatangan

* Seronok dengan kehidupan

* Ikut gaya dan cara tersendiri

* Kurang memberi perhatian pada pandangan orang lain


5. Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama

* Anda sentiasa berusaha supaya smart

* Suka berselindung

* Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup

* Yakin dengan kebolehan diri sendiri


6. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

* Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir

* Anda cepat menukar pandangan dan idea


7. Tandatangan hurug satu-satu, tidak bersambung

* Seorang yang sangat prihatin

* Tidak mementingkan diri sendiri

* Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain

* Seorang pemikir

* Seorang yang mudah serik


8. Tangatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

* Seorang yang sangat baik

* Boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan atau dengan siapa saja andaberurusan

* Tegas dengan pendapat sendiri

* Ada semangat yang tinggi

Sabtu, 15 Ogos 2009


Selasa, 11 Ogos 2009

Selasa, 4 Ogos 2009


nampak macho plak abu...sesuai dgn lolly...
puaka berkepala botak nampak nsem gak...
yg lain semua korang comment lah k...

inilah kek ghat....tp aku x mkn pun...
aku x suka kek...
wawawawaa....

FuUyOoOo.....X nSeM mAnA pUn Ni (ArTiS lElAkI)...X cOmEl MaNa PuN nI (aRtIs PeReMpUaN)...lAlAlA...aBg Box RuPaNyA nSeM gAk KaN?.

InI pIc OtAi-OtAi...Tp PiC aKu XdE???

ini pula wajah-wajah artis lelaki yang tidak seberapa kacak tetapi mereka juga tetap gempak...
layan beb...

inilah wajah-wajah artis yang tidak seberapa cantik dan comel...
tetapi mereka memang gempak dah sempoi...

Assalamualaikum wbt. kepada semua penghuni kedah 4

Kepada semua penghuni room kedah 4,blog ini hanya ujian semata-mata...sebarang kekurangan amatlah dikesali...blog ini akan ditambah baikkan dari semasa ke semasa...harap minta maaf semua...lalalalaaa.....x tau lah apa aku nk tulis nie